Khamis, 26 Ogos 2010

PENGENALAN


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.

KHOO KAI LI 204416






Sabtu, 14 Ogos 2010

BAJU KURUNG KAUM MELAYU



Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah baju longgar yang labuh, kadang-kala hingga ke lututdan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.

AHMAD FIZREE 204065

BUSANA KAUM CINA



Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.

MUHAMAD SUBRI 203958

PAKAIAN TRADISI PASANGAN CINA YANG DIUBAH SUAI




Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam. Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

Lelaki memilih Samfoo putih polo
s satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.

TAN HUEY CHEN 204614

SARI KAUM INDIA



Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.

LEELA VATHI 204204

SALWAR KAMEEZ KAUM INDIA



Salwar kameez (juga dieja shalwar kameez atau shalwar qameez) adalah sebuah pakaian tradisional dipakai oleh wanita dan lelaki di Asia Tenggara. Salvar atau shalvar adalah seluar serupa baju tidur. Kakinya adalah lebar di atas, dan sempit di kuku lali. Kamiz adalah sebuah baju panjang atau tunic. Kelim tepi (digelarkan chaak), dibiarkan buka di bawah baris pinggang, memberikan pemakainya lebih mudah bergerak.

KAMALA PRIYA 204445

PAKAIAN TRADISI KAUM KADAZAN



Terdapat tiga jenis pakaian yang selalu digunakan oleh kaum wanita iaitu baju tanpa lengan dipadankan dengan skirt pendek, baju berlengan pendek dan baju lengan panjang. Selain itu,terdapat dua jenis pakaian kaum lelaki iaitu baju lengan pendek dan lengan panjang yang dipadankan dengan seluar panjang.

Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.

KANG WEI YEE 204424

PAKAIAN BEDONG KAUM PEREMPUAN IBAN



Wanita Iban memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.


Biasanya bedong diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bedong yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.

SUVITA JAPIN 204563

PAKAIAN DANDONG KAUM LELAKI IBAN



Dandong merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

REVATHI 204167

KESIMPULAN

Sebenarnya, pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin disampaikan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengancam tradisi-tradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Oleh sedemikian, generasi muda zaman ini haruslah sedar terhadap kepentingan budaya dan adat. Bagaikan kacang jangan lupakan kulit.

HEMA LATA 204022